Hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah berlalu. 20 April 2013 menjadi bukti bahawa ramai manusia yang mahu jadi pemimpin. Mereka mengemukakan borang pencalonan kepada pengerusi SPR kawasan masing-masing dengan diiringi oleh pencadang dan penyokong masing-masing. Tiga kawasan DUN pilihan raya di Daerah Semporna memperlihatkan pertandingan enam hingga tujuh penjuru iaitu di kawasan DUN Bugaya, DUN Senalang dan DUN Sulabayan. Dua kawasan BN mengekalkan calon masing-masing iaitu Datuk Hj Nasir Bin Sakaran DUN Senallang dan Datuk Ramle Marhaban DUN Bugaya, melainkan Kawasan DUN Sulabayan BN mengemukakan calon baru iaitu Datuk Jaujan Sambakong, menggantikan Datuk Hj Harman B Mohammad. Beliau merupakan setiausaha Sulit kepada Datuk Sri Mohd Shafie Apdal. Bagi kerusi parlimen P183 Semporna BN mengekalkan Datuk Sri Mohd Shafie Apdal sebagai calon untuk mempertahankan kerusinya.
Apa yang menarik bilangan calon yang bertanding atas tiket calon Bebas meningkat di samping calon-calon yang bertanding atas tiket parti pembangkang yang sedia ada. Walaupun ia sesuatu yang menggambarkan bahawa amalan demokrasi berpolitik negara ini sudah semakin matang disamping kesedaran berpolitik dalam kalangan rakyat semakin baik, namun di satu sudut ia sewajarnya patut diambil perhatian oleh para pengundi dan rakyat keseluruhannya. Sebelum membuang undi rakyat perlu menjawab beberapa persoalan yang menjadi landasan mereka supaya dapat membuat pemilihan yang terbaik dan bukan pilihan sia-sia. Apakah sebenarnya hala tuju perjuangan calon-calon pilihan mereka. Apakah calon-calon mereka sudah bersedia menjadi seorang pemimpin? Kalau jawapannya ya!, cara kepemimpinan bagaimana yang akan mereka bawa kepada rakyat di kawasan mereka.
Sesuatu yang cukup membimbangkan adalah, terdapat calon yang bertanding atas tiket calon Bebas itu adalah mereka yang kecewa terhadap parti yang mereka dukung selama ini. Tidak boleh diketepikan juga adalah calon yang berjuang atas dasar sentimen perjuangan peribadi dan keluarga yang didasarkan atas dendam yang membara kepada calon dan parti lawan. Senario sebegini akan menjadikan perjuangan mereka tidak suci dan tulin. Kenapa? Sebab keperluan dan kepentingan rakyat, negara dan agama diletakkan pada tempat yang kedua dan bukan keutamaan. Andainya golongan ini berjaya dalam agenda mereka, rakyat juga yang akan berada dalam delima bak kata pepatah, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam".
Sehubungan dengan ini dalam PRU13 ini, rakyat perlu bijak, pengundi perlu menggunakan hak dan kuasa mereka untuk memilih. Jadilah pengundi yang bijak. Calon yang kita pilih adalah calon yang bakal menjadi pemimpin kita, pemimpin keluarga kita, pemimpin generasi kita. Tersalah memilih pemimpin akan menjadikan kita mengigit jari. Lima tahun bukanlah suatu tempoh yang singkat. Terlalu banyak kemungkinan yang berlaku dalam tempoh itu. Sekiranya kita berhasrat mahukan perubahan positif ke arah kemajuan dunia dan akhirat, pilihlah pemimpin dan parti politik yang memiliki visi dan misi yang jelas dan yang memiliki prestasi kepemimpinan yang cemerlang.

No comments:
Post a Comment