pelbagai usaha diambil untuk memartabatkan profession perguruan oleh mereka yang menggelar diri sebagai reformis pendidikan. Butiran idea baharu dijana kemudian dilontarkan menjadi dasar yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan pelaksana. Natijahnya bukan keberhasilan yang didambakan tetapi semacam kecelaruan. Apa tidaknya, Naik satu buat satu... Naik dua buat dua... Naik tiga buat tiga... Akhirnya semuanya bercelaru, kusut dan terpaksa diurai. Hasilnya, benarlah kenyataan pepatah lama "wal hasil balik asal". Itulah senario pendidikan mutakhir yang terpaksa ditelan.
Kita tidak menolak perubahan jauh sekali menentangnya. Kita alu-alukan semua usaha untuk memartabatkan profession perguruan. Kita menyokong usaha murni itu kerana guru dan pendidik menjadi wahana melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan. Siapakah yang paling layak memikul tanggungjawab itu? Adakah mereka yang memperoleh pencapaian akademik cemerlang dengan 9A+ dalam SPM, 4PA dalam STPM, ataupun PNGK 4.0 dalam Ijazah Sarjanamuda Pendidikan semata-mata. Jawapannya sudah pasti tidak, kerana kecemerlangan akademik hanyalah sebahagian daripadanya. Tidak semua pelajar cemerlang akademik itu mampu menjadi pendidik dan guru yang baik. Hal ini kerana guru yang baik merangkumi banyak aspek dan akademik hanyalah sebahagian daripadanya.
Proses penambahbaikan bidang keguruan terutamanya dari segi perjawatan dan peluang-peluang kenaikan pangkat serta gaji dan beberapa imbuhan lain seperti elaun-elaun khas yang agak lumayan mula meletakkan profession ini menjadi tumpuan pelajar sama ada lepasan SPM, STPM mahupun Ijazah pertama dari universiti-universiti tempatan. Hampir meletakkannya sebaris bidang kedoktoran dan kejuruteraan yang menjadi keutamaan pelajar-pelajar cemerlang pelbagai kaum. Selangkah ke hadapan tampak usaha kementerian pelajaran/pendidikan membuahkan hasil. Hal ini terbukti kepada bilangan pemohon bidang ini yang terus bertambah setiap tahun berbanding bilangan yang tempat yang ditawarkan oleh kementerian pelajaran. Ujian saringan dijalankan untuk memilih mereka yang benar-benar layak melalui ujian bertulis Medsi dan Munsyi bagi pengambilan USM. Mereka yang berjaya melalui tapisan pertama ini akan di panggil untuk menghadiri temuduga lisan untuk pemilihan terakhir oleh panel penemuduga berwibawa.
Sehubungan itu perkembangan mutakhir hangat memperkatakan satu mekanisma baharu bakal diperkenalkan dan sedang diwar-warkan di peringkat menteri iaitu mereka yang dilantik menjawat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kemeneterian Pelajaran mesti Lulus dengan cemerlang ( PNGK 3.8 ke atas). Dan tiada jaminan untuk pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang memasuki bidang pengajian ini di mana-mana universiti awam tempatan mahupun institut perguruan tajaan Bahagian Pendidikan Guru untuk dilantik secara automatik menjadi guru seperti sebelum ini. Dengan erti kata lain tiada zon selesa untuk para pelajar yang mengikuti kursus ini. Mereka mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik, kerana hanya yang terbaik akademiknya mengkut tafsiran mereka layak dinobatkan sebagai guru. Dan hanya yang terbaik layak merealisasikan matlamat Kementerian Pendidikan seperti dicatatkan dalam NKRA mereka.
Mengapa idea sedemikian tiba-tiba muncul. Adakah benar khabar angin yang bertiup kencang mengatakan bahawa berlaku lambakan sarjanamuda pendidikan di pasaran keluaran institusi-institusi perguruan dan universiti-universiti awam melebihi permintaan. Adakah ia idea murni dan landasan terbaik untuk memartabatkan profesion perguruan atau sekadar idea yang mahu memadamkan kritikan para garaduan pendidikan yang membebel, menghentam dan menuding jari kepada kerajaan kerana setelah bertahun lamanya menunggu belum ditawarkan tempat dan dilantik sebagai guru oleh kementerian pendidikan. Ataupun adakah ia suatu pendekatan yang digunakan untuk menutup ketidakselarasan unjuran yang dibuat oleh kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi sebelum ini berkaitan opsyen mata pelajaran utama kursus-kursus sarjanamuda pendidikan yang ditawarkan di universiti-universiti awam dan institut-institut perguruan menyebabkan ketidak seimbangan pengeluaran dan keperluan di sekolah-sekolah kementerian pelajaran.
Media masa menjadi medan golongan yang masih menunggu ini untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka. Cukup merimaskan pihak berwajib. Bagi golongan "Penunggu Setia" ini, hutang PTPTN perlu dibayar. Denda kerana kelewatan membayar mengikut jadual yang ditetapkan oleh badan berkanun itu cukup membebankan mereka. Bagi mereka yang dilahirkan oleh institut perguruan tajaan Bahagian Pendidikan Guru mungkin kurang sedikit bebanan. Lambat sedikit tidak mengapa sebab mereka tidak berhutang dan tidak perlu membayar balik elaun yang diterima semasa mengikuti pengajian. Bahagian Pendidikan Guru menanggung kos pengajian mereka. Dengan andaian mereka diberi keutamaan penempatan berbanding lulusan IPTA, memandangkan pelaburan BPG kepada mereka.

Ataukah mereka (Lulusan sarjanamuda pendidikan dan sarjanamuda perguruan) yang sedang menunggu 'Q ' ( giliran untuk dilantik ) sekarang, majoritinya memperoleh PNGK 3.0 ke bawah dan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan pihak-pihak tertentu di kementerian pendidikan. Justeru mengundang kebimbangan dalam kalangan mereka sama ada golongan ini mampu menyahut seruan kementerian untuk mencapai agenda yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan.
Walau apapun andaian yang dibuat, menjadi harapan kita bahawa tranformasi baharu yang bakal ditampilkan ini menjadi mekanisme baharu untuk memartabatkan bidang keguruan di negara kita sekaligus memberi faedah kepada peningkatan qualiti pendidikan negara kita bertaraf dunia, sepertimana yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan. Natijahnya keseluruhan rakyat akan menerima faedah dan tidak semata-mata menjaga kebajikan dan kepentingan sekumpulan kecil rakyat negara ini.