Tidak lama dahulu Kawasan DUN Bugaya, Semporna menerima berita gembira dengan pengumuman kerajaan bahawa masalah keperluan air bersih di kawasan DUN Bugaya akan selesai dengan terlaksananya projek mengganti paip lama kepada paip baru dari loji penyimpanan air di Bukit Kemiri. Projek siap sepenuhnya pada pada tahun 2010. Tahun 2011 rungutan penduduk kampung masih kedengaran, masalah masih juga tidak selesai. Kini penghujung tahun 2012, saya berasa terpanggil untuk merasai sejauhmanakah kebenarannya rungutan mereka. Pada 26 Disember 2012 saya menghubungi Pejabat Jabatan Air Semporna untuk membuat permohonan penyambungan paip air ke rumah saya untuk mendapatkan perkhidmatan air bersih seperti yang diwar-warkan kerajaan. Dengan penuh semangat menyediakan dokumen yang diperlukan, membayar wang pendahuluan dan menandatangani dokumen perjanjian penyambungan. "Encik, di kawasan kedudukan rumah encik catuan airnya dibuka dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Hari Jumaat. Terkejut besar saya mendengar penjelasan pegawai tersebut. Bekalan air dicatu.
Diringkaskan cerita air paip sudah disambung. Hari ini, esok, lusa dan tulat. Buka pili, air tiada. Air oh! air di mana kau, kenapa tak muncul, tak keluar-keluar". Yang keluar air mata kesedihan. Janji tinggal janji. Manakah air bersihnya? Mujurlah ada air perigi yang telah sekian lama berkhidmat sejak zaman kanak-kanak saya, tetap setia memberikan perkhidmatannya....
No comments:
Post a Comment