28 Desimber 2013. Di samping menghantar isteri menduduki peperiksaan semester empat di Pusat Pembelajaran OUM Tawau, saya mengambil kesempatan membaiki printer di salah sebuah pusat servis komputer yang berada di tingkat bawah bangunan Wisma Jih Po. Saya kagum dan bangga dengan juruteknik komputer yang bekerja di syarikat tersebut. Mereka bersikap mesra pelanggan. Salah seorang daripada juruteknik yang menyelenggara printer saya sangat berdedikasi dan berintegriti. Dalam usia yang begitu muda mereka sudah punya nilai-nilai murni yang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Bayaran pula berpatutan sesuai dengan tahap kesukaran kerja-kerja teknikal mereka. Daripada gaya dan loghat percakapanya dia adal;ah penduduk tempatan beragama Islam. Apa yang mampu saya kata dengan senang hati "Terima kasih dik". Dia membalasnya sambil tersenyum "sama-sama pakcik". Alhamdulillah kebimbangan saya terhadap masalah mencetak tugasan di awal minggu persekolahan selesai.
No comments:
Post a Comment