Pages

LAPAN NILAI GAGASAN 1MALAYSIA


Terdapat Lapan Nilai Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Dato Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia;

1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI
  • Pencapaian terbaik dan bertaraf dunia.
  • Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi.
2. BUDAYA KETEPATAN
  • Menepati waktu dan mengutamakan kecekapan.
  • Perkhidmatan berkualiti berterusan dari segi tindakan, komunikasi dan janji.
3. BUDAYA ILMU
  • Ilmu pengetahuan yang tinggi dengan pengetahuan terkini dan pengajian sepanjang hayat.
  • Masyarakat mengutamakan pendidikan  dan berilmu serta minda yang terbuka.
4. INTEGRITI
  • Sifat-sifat bersih, cekap dan amanah.
  • Memperbaiki kesilapan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
  • Menerima kritikan dan teguran.
  • Mengenepikan kepentingan peribadi dan mengutamakan kepentingan negara.
5. KETABAHAN
  • Tidak mudah mengaku kalah
  • Semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi dugaan.
  • Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh.
6. KESETIAAN
  • Mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kaum dan kelompok.
  • Kesetiaan kepada pemimpin demi keteguhan, kewibawaan, kejayaan dan kecemerlangan.
  • Kesetiaan yang jujur dan ikhlas.
7. KEBIJAKSANAAN
  • Berhemah dan teliti.
  • Kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
  • Mempunyai ilmu yang luas, cerdik, tetap dengan pendirian, kemahiran mendengar, berdisiplin dan sentiasa bersiap sedia.
8. BUDAYA INOVASI
  • Mencuba perkara baru dan berinovasi.
  • Berani berubah, mencari penyelesaian dan menjadi perintis.

Dipetik daripada;
Buliten Mesra, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Bil.3/2010.

No comments: