Rabu, 31/12/14, 1157pm: Hanya tinggal beberapa minit lagi dari sekarang 1157pm, akan kutinggalkan tahun 2014. Tahun yg penuh dengan pelbagai peristiwa yang mencabar bagi kepimpinan negara Malaysia. Tragedi MH370, MH17, banjir besar di negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia.
Selamat datang tahun 2015, semoga datangmu menjanjikan sejuta harapan yang lebih menggembirakan. Ayuh rakyat Malaysia bangun dan mulakan lembaran baru dalam mewujudkan keharmonian masyarakat majmuk yang berbilang budaya, agama dan kepercayaan.
Sejarah telah membuktikan bahawa terdapat isu yang timbul memerlukan permuafakatan rakyat berbilang kaum di negara ini. Mengapa generasi kini tidak belajar dan mengambil iktibar daripada 'Pakatan Murni' pemimpin terdahulu dalam merealisasikan kewujudan negara yang berdaulat ini.
No comments:
Post a Comment